Kelas Soft Skills – Menjawab Kuiz

14 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 13 Julai 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Soft skills iaitu menjawab kuiz. Seramai 6 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 6 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

Para peserta diberi kuiz mencari objek tersembunyi di dalam cetakan bergambar yang disediakan. Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengasah kreativiti para peserta muda kita dalam menyelesaian sesuatu permasalahan dan melatih kepekaan mereka terhadap objek tersembunyi di dalam sesuatu gambar.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, untuk pengguna muda seperti kanak-kanak ini, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali